Hadis-hadis dibawah ini pula adalah tentang keistimewaan yang baginda perolehi sebagai Rasul dan kita sebagai umatnya.

1- Rasullullah s.a.w. Penghulu Manusia

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Akulah penghulu manusia pada hari Kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Nabi s.a.w. mengatakan sebegini untuk menceritakan nikmat Allah s.w.t. Ia juga merupakan nasihat supaya kita mengetahui hak terhadap baginda s.a.w. (Tuhfah al-Ahwazi)

2- Rasullullah s.a.w. Sebagai Rahmat

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat." (Riwayat Muslim)

3- Pendidik Insan Berakhlak Mulia

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik." (Riwayat Ahmad)

4- Keistimewaan pada Penyampaian Rasullullah

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku diutuskan denagn perkataan-perkataan yang ringkas dan padat."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- "perkataan-perkataan yang ringkas dan padat"; Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. kerana ia mengandungi lafaz-lafaz yang ringkas dan makna yang banyak. (Tuhfah al-Ahwazi)

5- Nabi s.a.w Mendahului Umatnya

Daripada Jundub bin Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku mendahului kamu tiba ke kolam di syurga." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- "aku mendahului", menyediakan dan memberikan apa yang kamu perlukan. (Syarah Sahih Muslim)

6- Jaminan Kemenangan

Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Allah telah menghimpunkan bumi untuk aku sehingga aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaaan umatku akan meliputi keluasan bumi yang dihumpankan kepadaku." (Riwayat Muslim)

7- Kesedaran untuk Beramal

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis." (Riwayat al-Bukhari)
Keterangan:- Yakni mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat dan kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan keadaan didalam kubur dan hari kiamat. Mengingati perkara tersebut dapat mendorong melakukan amal ibadah. (Fath al-Bari)

8- Bumi Sebagai Masjid

Daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Al-Khottobi mengatakan: Umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diharuskan sembahyang hanya ditempat tertentu sahaja seperti rumah ibadat dan tempat pertapaan. (Fath al-Bari)

9- Kesempurnaan Syafaat Rasullullah s.a.w.

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Maksud hadis ini ialah setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan Nabi Muhammad s.a.w. tidak mendoakan sedemikian. Ini kerana baginda akan memberikan syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan didunia.
Hadis ini menerangkan syafaat Nabi s.a.w. dan belas kasihan baginda terhadap umatnya. Baginda mengambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. Maka baginda menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu terpenting dan amat diperlukan syafaat ketika itu. (Fath al-Bari dan Syarah Sahih Muslim)

10- Pelbagai Golongan Mendapat Syafaat

Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku boleh berikan syafaat kepada umatku yang melakukan dosa besar." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Keterangan:- Syafaat Rasullullah s.a.w. untuk orang yang melakukan dosa besar ialah dengan menyelamatkan mereka daripada kebinasaan. Manakala syafaat baginda untuk orang yang melakukan ketaatan ialah dengan menaikkan darjat mereka. (Syarah Sunan Ibn Majah)

11- Kelebihan Selawat

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat keatas nya sepuluh kali." (Riwayat Muslim)
Keterangan:- "Allah berselawat" rahmat dan gandaan ganjaran daripada Allah s.w.t. (Syarah Sahih Muslim)

12- Orang Bakhil yang Sebenar

Daripada Ali bin Abu Talib r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat keatasku ." (Riwayat al-Tirmizi)
Keterangan:- Orang berkenaan disifatkan sebagai bakhil kerana menghalang diri sendiri daripada selawat Allah s.w.t. untuknya jika ia berselawat sekali.
Sebahagian ulama mengatakan wajib sekali selawat pada setiap kali disebut nama baginda. Menurut pandangan yang lain, wajib sekali selawat dalam satu majlis yang disebut nama baginda. Manakala ketika disebut nama baginda pada kali yang lain dalam majlis itu maka hukumnya adalah sunat. (Tuhfah al-Ahwazi)

13- Ucapan Salam Untuk Rasullullah s.a.w.

Daripada Abdullah bin Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar dimuka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku." (Riwayat al-Nasa’i dan Ibn Hibban)

Menghayati Al-Quran

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s. a. w. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s. a. w sebagai pedoman kepada kita semua.

1. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya.
- muttafaqqun 'alaihi

2. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah
(al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf.
- diriwayat oleh Tirmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih

3. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan).
- Sohih Bukhari dan muslim

4. Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s. a. w yang bermaksud : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya.
- Riwayat Muslim

5. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud : Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang.
- Riwayat Tirmizi

6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s. a. w yang bermaksud : Allah telah berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya.
- Riwayat Tirmizi dan hadis hasan sohih

7. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud : Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya.
- Riwayat Muslim

8. Daripada Daripada 'Uqbah bin 'Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah s. a. w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta.
- Riwayat Muslim

RAMADAN datang lagi. Umat Islam di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Ramadan amat sinonim dengan salah satu daripada Rukun Islam iaitu berpuasa.

Ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.

Dibincangkan di sini fadilat Ramadan, puasa dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:

Pertama: Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam."

Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadan dan keistimewaan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan yang dibelenggu kerana kelebihan Ramadan.

Kedua:
Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-Fath al-Bari : Sesungguhnya dikatakan pada syurga, tidak dikatakan bagi syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.

Ketiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya."

Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.

Keempat: Mengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: "Puasa merupakan perisai." Dan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat."

Ini kerana, puasa mempunyai kelebihan yang tersendiri dan pada ghalibnya (kebiasaannya), mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.

Kelima: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.

Keenam: Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id sesungguhnya Allah berfirman: "Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis qudsi ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.

Ketujuh: Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak".

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.

Kelapan: Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: "Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan".

Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa, sekalipun mereka diam dan tidur.

Kesembilan: Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam."

Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.

Kesepuluh: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: "Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa."

Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.

Kesebelas: Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: "Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya".

Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka.

Justeru, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal. Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

Hadith Ramadhan

Bersabda Rasulullah s.a.w: “Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutupilah semua pintu-pintu neraka serta tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga serta tidak ditutuplah satu pintu pun darinya. Maka berserulah penyeru: Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirilah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam (Ramadhan)“.
(Hadith riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah ra)

Abu Hurairah ra menyatakan: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu“. (Hadith riwayat Nasai', Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah ra telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)

Daripada Abu Hurairah ra telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan: syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah ra: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda s.a.w bersabda: Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam)“.
(Hadith riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah ra berkata: “Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Hak dan adab Ramadan

Kita disunatkan berbuka dengan buah kurma sebelum menikmati juadah yang lain. - Gambar hiasan

ALLAHU akbar wa lillahil hamd! Dengan kuasa dan kurnia Yang Maha Berkuasa, yang mana segala puji-pujian kembali hadrat-Nya, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Ramadan. Haniian lakum!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua umat Islam yang bersama-sama memasuki gerbang Ramadan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini.

Selain daripada amal ibadah khusus, sudah menjadi suatu adat kita menyambut kedatangan Ramadan dengan mengisi ruang-ruang majlis ta'lim, kuliah dan ceramah dengan peringatan tentang kepentingan hakikat dan kelebihan Ramadan.

Walaupun kita mendengar nas-nas yang sama diulang-ulang oleh para ulama dan pendakwah, sebenarnya proses tazkirah Ramadan atau peringatan-peringatan sempena Ramadan adalah persiapan mental-spiritual yang sangat penting serta menjadi kunci yang menentukan mutu dan kualiti penghayatan Ramadan kita.

Ini kerana memang menjadi prinsip dalam agama kita bahawa bagi setiap amal ibadah kita sebagai hamba, sudut dalaman dan maknawi ibadah itulah yang merupakan maksudnya dan penentu nilainya yang utama.

Inilah yang dapat kita fahami di sebalik pelbagai nas dan kaedah seperti hadis, Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung pada niatnya dan bagi seseorang itu apa yang diniatkannya… (riwayat Bukhari dan Muslim) serta hadis yang bermaksud "Niat seorang Mukmin itu lebih baik daripada amalannya".

Falsafah yang sama juga dapat diselami di sebalik sepotong hadis Qudsi yang bermaksud, Allah berfirman, "Aku menurut sangkaan (dzan) seseorang hambaKu padaKu".

Oleh itu, walaupun kita sudah saban tahun berpuasa Ramadan, kita tidak harus memandang rendah kepentingan mengingatkan diri kita tentang segala fadilat, kaifiyat dan rahsia Ramadan.

Ia agar kita dapat menghayatinya dengan sebaik-baik niat, azam, pengharapan dan husnu dzan (bersangka baik) yang dengannya, insya-Allah, akan mengangkat tinggi mutu Ramadan kita.

Kita dibekalkan oleh Allah SWT melalui Rasul-Nya SAW sekian banyak nas-nas yang mengingatkan kita tentang keistimewaan Ramadan yang sebahagiannya telah kita himbau pada minggu lepas.

Namun, rasanya antara yang paling istimewa dan jelas adalah sepotong hadis yang kaedah penyampaiannya juga menarik. Abu Hurairah r.a meriwayatkan dalam Sahih Ibnu Hibban, "Bahawa Nabi SAW telah menaiki mimbar lalu bersabda, "Amin. Amin. Amin". Baginda pun ditanya, "Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya engkau telah menaiki mimbar lalu mengucapkan Amin. Amin. Amin?"

Sabda Baginda SAW, "Sesungguhnya Jibril a.s telah datang kepadaku dan berkata, "Sesiapa yang berkesempatan bertemu Ramadan, tetapi tidak diampunkan dosa-dosanya, maka dia akan masuk neraka dan Allah menjauhkannya (dari rahmatNya), ucapkanlah (Wahai Muhammad), 'Amin', maka saya pun mengucapkan 'Amin'.

Sesiapa yang sempat bersama kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya tetapi tidak melakukan kebajikan kepada keduanya kemudiannya dia mati, maka dia akan masuk neraka dan Allah menjauhkannya (dari rahmat-Nya), ucapkanlah (Wahai Muhammad), 'Amin', maka saya pun mengucapkan 'Amin'. Sesiapa yang disebut di sisinya namamu tetapi tidak mengucapkan selawat ke atasmu kemudiannya dia mati, maka dia akan masuk Neraka dan Allah menjauhkannya (dari rahmat-Nya), ucapkanlah (Wahai Muhammad), 'Amin', maka saya pun mengucapkan 'Amin'.

keampunan

Hadis ini mengingatkan kita bahawa peluang mendapatkan keampunan dan Tuhan di Ramadan begitu istimewa. Sehingga sesiapa yang gagal memanfaatkan peluang tersebut cukuplah kelalaiannya itu untuk memasukkan dirinya ke neraka dan menjauhkannya daripada rahmat Allah.

Semoga Allah menjauhkan kita daripada tergolong dalam golongan itu.

Walaupun kita menegaskan niat dan adab hati dalam menghayati Ramadan itu lebih utama, sudah tentu kaifiyat dan cara amalinya juga harus benar dan betul, rukun dan syaratnya, wajib dan sunatnya.

Cuma janganlah pula aspek ini yang menjadi sumber pertikaian dan pertengkaran. Samalah seperti amal ibadat dan hukum-hakam kita yang lain, segalanya sudahpun dihuraikan oleh para ulama umat ini yang adil lagi amanah.

Ilmu berkaitannya tersusun rapi dalam kerangka syariat dan fiqh mengikut mazhab-mazhab yang muktabar.

Telah jelas dinyatakan persoalan-persoalan mana yang muktamad dan mengikat serta isu-isu mana yang masih nisbi (relatif) dan khilafiah yang memberi ada ruang untuk kita berbeza pandangan dan cara amalan.

Bila kita boleh dan bagaimana caranya kita berbeza pandangan dengan penuh hormat dan tanpa menjejaskan ukhuwah juga telah jelas digariskan oleh para ulama.

Mengikut pandangan-pandangan yang muktamad dalam mazhab-mazhab yang muktabar termasuklah Mazhab Shafie yang telah dipilih oleh ulama, umarak dan umat rantau ini sejak sekian lama adalah bererti kita bersungguh-sungguh cuba menghayati Ramadan mengikut cara Nabi SAW.

Pandangan muktamad dalam mazhab-mazhab muktabar adalah pandangan-pandangan terpilih oleh generasi demi generasi para ulama terpilih dan terbaik umat ini.

Mempertikaikan kerangka tasawwur Islam bermazhab atas nama dan slogan 'Berpuasa mengikut al-Quran dan sunnah' atau 'Berpuasa mengikut cara Nabi SAW' adalah suatu kecenderungan dan pendekatan yang berbahaya dan boleh menimbulkan perpecahan dalaman Umat yang dibenci oleh Allah SWT.

Jika kita tidak berhati-hati, hari-hari Ramadan kita akan terbazir pada perselisihan pendapat dan pertengkaran yang sepatutnya dapat dielakkan.

Sebaiknya marilah kita menghitung-hitung dan menumpukan kepada sebanyak mungkin hak dan adab Ramadan yang patut kita tunaikan dengan sesempurna mungkin.

Sekadar sebagai tazkirah atau peringatan, berikut disenaraikan secara am dan ringkas, perkara-perkara wajib, sunat dan penyempurnaan puasa bulan Ramadan sebagai amalan khusus bulan ini.

Perkara wajib puasa:

i. Mengetahui permulaan Ramadan.

ii. Berniat pada setiap malam Ramadan

iii. Menahan diri daripada makan dan minum, jimak, mengeluarkan mani atau muntah dengan sengaja pada siang hari.

Perkara sunat puasa:

i. Bersahur.

ii. Melambat-lambatkan sahur.

iii. Menyegerakan berbuka.

iv. Meninggalkan bersugi setelah tergelincir matahari.

v. Membanyakkan sedekah dan meluaskan belanja bagi keluarga serta menggandakan amalan kebajikan yang lain.

vi. Membanyakkan tadarus al-Quran.

vii. Memperbanyakkan iktikaf di dalam masjid.

Selain perkara-perkara asas di atas, kita juga diajar melalui perantaraan para ulama untuk menjaga perkara-perkara yang menyempurnakan puasa kita, moga-moga kita beroleh puasa ahli Khawas iaitu puasa mereka yang soleh dan bertakwa. Antara perkara itu adalah:

i. Menunduk dan memejamkan mata dari perkara yang tidak sepatutnya.

ii. Memelihara lidah daripada perkataan yang haram dan sia-sia.

iii. Memelihara telinga daripada benda-benda yang haram, makruh dan sia-sia.

iv. Menjaga tangan, kaki dan anggotanya yang lain daripada perkara yang haram, makruh dan sia-sia.

v. Menjaga perutnya ketika berbuka daripada benda-benda yang haram atau syubhat.

vi. Tidak terlalu memenuhkan perutnya dengan makanan yang halal apabila berbuka.

vii. Sentiasa merasa khauf (takut) kiranya puasanya tidak diterima Allah SWT dan raja' (harap) agar-agar Allah SWT menerima puasanya.

Begitulah tujuh perkara yang boleh menyempurnakan lagi puasa kita walaupun ada lagi diriwayatkan pelbagai amalan mereka yang lebih tinggi martabatnya di sisi Tuhan seperti menahan diri daripada apa-apa keinginan dan keasyikan duniawi serta mengosongkan diri dari memikirkan selain daripada Allah SWT dan Akhirat sebagai sebahagian daripada puasa Ramadan.

Marilah kita bersama-sama berusaha bersungguh-sungguh memburu rahmat dan keampunan Allah di bulan Ramadan ini dengan memelihara segala hak dan adab-adabnya, semoga Allah SWT memperkenankan dan mengizinkan. Amin Ya Rabbal 'alamin, Ramadan Karim! Kullu 'aam wa antum bi khayr.

(Rujukan utama: buku Tazkirah Ramadan oleh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Sofa Productions, Kuala Lumpur: 2002)

Kisah ini terjadi pada diri Rasulallah dan para sahabatnya. Saat itu malam hari raya seperti biasanya Rasul dan para sahabat membaca Takbir, Tahmid dan Tahlil di Masjidil Haram. Saat sedang bertakbir, tiba- tiba Rasulullah keluar dari kelompok dan menepih kearah dinding. Kemudian Rasullah mengangkat kedua tangannya ( layaknya orang berdoa ) saat itu Rasul mengatakan amin sampai tiga kali.

Setelah Rasul mengusapkan kedua tangan diwajahnya ( layaknya orang selesai berdoa ) para sahabat mendekati dan bertanya : Ya Rasul apa yang terjadi sehingga engkau mengangkat kedua belah tanganmu sambil mengatakan amin sampai tiga kali ?
Jawab Rasul : Tadi saya didatangi Jibril dan meminta saya mengaminkan doanya.?
Apa gerangan doa yang dibacakan Jibril itu ya Rasul ? tanya sahabat.

Kemudian Rasul menjawab : Kalau kalian ingin tahu inilah doa yang disampaikan Jibril dan saya mengaminkan? :
1. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan?. Rasul mengatakan Amien
2. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan.? Rasul mengatakan amien
3. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling Memaafkan.? Rasul mengatakan amien

Demikianlah doa yang dibaca Jibril sehingga Rasul mengaminkan sampai tiga kali. Namun disini ada 4 Faktor yang membuat doa tersebut pasti dikabulkan Allah yaitu:
1. Yang berdoa Jibril Mahluk yang sejak diciptakan tidak pernah membantah dan berbuat dosa kepada Allah
2. Yang mengaminkan doa tersebut Muhammad manusia Maksum yang telah diampuni semua dosanya
3. Tempat berdoa adalah Masjidilharam tempat yang mendapat berkah dari Allah
4. Waktu berdoa adalah malam aidil fitri iaitu satu diantara sepuluh malam jika kita berdoa langsung di ijabah oleh Allah.

Jadi jika kita ingin Amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah maka hindarilah tiga yang diatas. Karena selama tiga persoalan diatas belum diselesaikan maka amal ibadah kita selama bulan ramadhan masih dipending oleh Allah sampai kita menyelesaikannya.

Wahai manusia

Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah
dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah.
Bulan yang paling mulia di sisi Allah.
Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.
Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama.

Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi
tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.
Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,
tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.

Bermohonlah kepada Allah Rabb-mu
dengan niat yang tulus dan hati yang suci
agar Allah membimbingmu untuk
melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah
di bulan yang agung ini.

Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu,
kelaparan dan kehausan di hari kiamat.
Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda,
sambungkanlah tali persaudaraanmu,
jaga lidahmu, tahan pandanganmu
dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu
dari apa yang tidak halal kamu
mendengarnya.

Kasihilah anak yatim
niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.
Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa
pada waktu-waktu shalatmu
karena itulah saat-saat yang paling utama
ketika Allah 'Azza wa Jallaa memandang
hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih.
Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya,
menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya
dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia !
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu
maka bebaskanlah dengan istighfar.
Punggung-punggungmu berat
karena beban (dosa)mu maka ringankanlah
dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah
Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya
bahwa Dia tidak akan mengazab
orang-orang yang shalat dan sujud,
dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka
pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al 'alamin.

Wahai manusia !

Barangsiapa diantaramu memberi buka
kepada orang-orang mu`minin yang berpuasa di bulan ini
maka di sisi Allah nilainya sama dengan
membebaskan seorang budak
dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.

(Sahabat-sahabat bertanya, "Ya, Rasulullah! Tidaklah kami
semua mampu berbuat demikian".

Rasulullah meneruskan:

Jagalah dirimu dari api neraka
walaupun hanya dengan sebiji kurma.
Jagalah dirimu dari api neraka
walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia

Siapa yang membaguskan akhlaqnya di bulan ini
ia akan berhasil melewati shirath
pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang
yang dimiliki tangan kanannya
(pegawai atau pembantu) di bulan ini,
Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat.
Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini,
Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan- Nya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini,
Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini,
Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini,
Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

Barangsiapa melakukan shalat fardlu
baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardlu di bulan yang lain.

Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini,
Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat al Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam al Quran pada bulan- bulan yang lain.

Wahai manusia !
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu.
Pintu-pintu neraka tertutup maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah d dibukakan bagimu.

Setan-setan terbelenggu maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin karamallahu wajha berkata,

"Aku berdiri dan berkata, ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini ?"

Jawab Nabi' "Ya Abal Hasan ! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah..

Alhamdulillaahi rabbal 'aalamiin.

Asy-Syaikhany mengeluarkan dari Abu Sa'id Al-Khudry di dalam sebuah hadits, dia berkata, "Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam duduk di atas mimbar dan kami pun duduk di sekitar beliau, lalu beliau bersabda,
"Sesungguhnya yang paling kutakutkan atas kalian ialah jika Allah membukakan kesenangan dan perhiasan dunia kepada kalian."

Asy-Syaikany juga mengeluarkan sebuah hadits dari Amr bin Auf Al-Anshay Radhiyallahu Anhu, yang di dalamnya dia berkata, "Rasulullah Shallailahu Alaihi wa Sallam bersabda,
"Terimalah khabar gembira dan satu harapan bagi kalian Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku takutkan terhadap kalian, tetapi aku justru takut jika dunia dihamparkan kepada kalian, sebagaimana yang pernah dihamparkan kepada orang-orang sebelum kalian, lalu mereka saling berlumba untuk mendapatkannya, sehingga kalian menjadi binasa seperti yang mereka alami."

Ya'qub bin Sufyan mengeluarkan dari IbnuAbbas Radhiyallahu Anhuma, bahwa Allah mengutus seorang malaikat kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, yang disertai Jibril Alaihi Salam. Malaikat itu berkata,
"Sesungguhnya Allah menyuruh engkau untuk memilih, apakah engkau menjadi hamba dan nabi, ataukah menjadi raja dan sekaligus nabi."

Beliau menoleh ke arah Jibril layaknya orang yang meminta saran. Maka Jibril memberi isyarat, agar beliau merunduk dan patuh. Maka beliau menjawab,
"Aku pilih menjadi hamba dan nabi."
Setelah kejadian ini beliau tidak pernah makan sambil telentang, hingga beliau wafat. Yang serupa dengan ini juga diriwayatkan Al-Bukhari dan An-Nasa'i.

Ahmad mengeluarkan dengan isnad yang shahih, dari Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhuma, dia berkata, "Umar bin Al-Khaththab ra. bercerita kepadaku, "Aku pernah memasuki rumah Rasulullah Shallailahu Alaihi wa Sallam, yang saat itu beliau sedang berbaring di atas selembar tikar. Setelah aku duduk di dekat beliau, aku baru tahu bahwa beliau juga menggelar kain mantelnya di atas tikar, dan tidak ada sesuatu yang lain, Tikar itu telah menimbulkan bekas guratan di lambung beliau. Aku juga melihat di salah satu pojok rumah beliau ada satu takar gandum. Di dinding tergantung selembar kulit yang sudah disamak. Melihat kesederhanaan ini kedua mataku meneteskan air mata.

"Mengapa engkau menangis wahai Ibnul-Khattab?" tanya beliau. "Wahai Nabi Allah, bagaimana aku tidak menangis jika melihat gurat-gurat tikar yang membekas di lambung engkau itu dan lemari yang hanya diisi barang itu? Padahal Kisra dan Kaisar hidup di antara buah-buahan dan sungai yang mengalir. Engkau adalah Nabi Allah dan orang pilihan-Nya, sementara lemari engkau hanya seperti itu."
"Wahai Ibnul-Khattab, apakah engkau tidak ridha jika kita mendapatkan akhirat, sedangkan mereka hanya mendapatkan dunia?"

Al-Hakim juga mentakhrijnya secara shahih, berdasarkan syarat Muslim. Ibnu Hibban meriwayatkannya dari Anas, dan dia menyebutkan yang seperti ini.

Asy-Syaikhany mengeluarkan dari Abu Sa'id Al-Khudry di dalam sebuah hadits, dia berkata, "Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam duduk di atas mimbar dan kami pun duduk di sekitar beliau, lalu beliau bersabda,
"Sesungguhnya yang paling kutakutkan atas kalian ialah jika Allah membukakan kesenangan dan perhiasan dunia kepada kalian."

Asy-Syaikany juga mengeluarkan sebuah hadits dari Amr bin Auf Al-Anshay Radhiyallahu Anhu, yang di dalamnya dia berkata, "Rasulullah Shallailahu Alaihi wa Sallam bersabda,
"Terimalah khabar gembira dan satu harapan bagi kalian Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku takutkan terhadap kalian, tetapi aku justru takut jika dunia dihamparkan kepada kalian, sebagaimana yang pernah dihamparkan kepada orang-orang sebelum kalian, lalu mereka saling berlumba untuk mendapatkannya, sehingga kalian menjadi binasa seperti yang mereka alami."

Ya'qub bin Sufyan mengeluarkan dari IbnuAbbas Radhiyallahu Anhuma, bahwa Allah mengutus seorang malaikat kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, yang disertai Jibril Alaihi Salam. Malaikat itu berkata,
"Sesungguhnya Allah menyuruh engkau untuk memilih, apakah engkau menjadi hamba dan nabi, ataukah menjadi raja dan sekaligus nabi."
Beliau menoleh ke arah Jibril layaknya orang yang meminta saran. Maka Jibril memberi isyarat, agar beliau merunduk dan patuh. Maka beliau menjawab,
"Aku pilih menjadi hamba dan nabi."
Setelah kejadian ini beliau tidak pernah makan sambil telentang, hingga beliau wafat. Yang serupa dengan ini juga diriwayatkan Al-Bukhari dan An-Nasa'i.

Ahmad mengeluarkan dengan isnad yang shahih, dari Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhuma, dia berkata, "Umar bin Al-Khaththab ra. bercerita kepadaku, "Aku pernah memasuki rumah Rasulullah Shallailahu Alaihi wa Sallam, yang saat itu beliau sedang berbaring di atas selembar tikar. Setelah aku duduk di dekat beliau, aku baru tahu bahwa beliau juga menggelar kain mantelnya di atas tikar, dan tidak ada sesuatu yang lain, Tikar itu telah menimbulkan bekas guratan di lambung beliau. Aku juga melihat di salah satu pojok rumah beliau ada satu takar gandum. Di dinding tergantung selembar kulit yang sudah disamak. Melihat kesederhanaan ini kedua mataku meneteskan air mata.
"Mengapa engkau menangis wahai Ibnul-Khattab?" tanya beliau. "Wahai Nabi Allah, bagaimana aku tidak menangis jika melihat gurat-gurat tikar yang membekas di lambung engkau itu dan lemari yang hanya diisi barang itu? Padahal Kisra dan Kaisar hidup di antara buah-buahan dan sungai yang mengalir. Engkau adalah Nabi Allah dan orang pilihan-Nya, sementara lemari engkau hanya seperti itu."
"Wahai Ibnul-Khattab, apakah engkau tidak ridha jika kita mendapatkan akhirat, sedangkan mereka hanya mendapatkan dunia?"
Al-Hakim juga mentakhrijnya secara shahih, berdasarkan syarat Muslim. Ibnu Hibban meriwayatkannya dari Anas, dan dia menyebutkan yang seperti ini.

Puasa

Puasa pada sudut bahasa menahan diri.

Puasa pada syarak menahan diri dapipada pekara-pekara yang membatalkan puasa dengan jalan yang tertentu.

Wajib puasa Ramadan dengan salah satu dari tiga pekara.
1. sempurna bulan syaban tiga puluh hari.
2. melihat anak bulan ramadan.
3. naik saksi seorang yang adil bahawa anak bulan ramadan kelihatan.

Peringatan:

Adil yang dikehendaki disini adil pada penyaksian bukan adil meriwayat kan khabar.

Maka tidak wajib puasa apabila naik saksi orang yang fasik, perempuan, kanak-kanak, dan hamba,

Wajib puasa ramadan bagi mereka yang melihat anak bulan ramada sekalipun dia seorang yang fasik. Tidak wajib kepada orang yang lain.

Apabila naik saksi seorang yang adil bahawa dia ada melihat anak bulan ramadan dan kadi menghukumkan sabit ramadan maka wajib berpuasa atas sekelian umat islam yang ada ditempat yang satu matlak yakni tempat yang sama masa naik matahari.

Satu matlak ialah kawasan yang dalam kawasan dua puluh lapan minit kata setengah ahli falak tiga puluh dua minit.

Sah puasa ramadan mereka yang melihat tanda yang menunjukkan telah masuk ramadan seperti pengistiharan yang dibuat oleh kerajan didalam televisyen atau radio, pada zaman dahulu mereka membuat tanda dengan bunyi meriam, lampu yang dipasang di menara dan sebagainya, sebab sah puasa ialah kerana memberi faidah yakin telah masuk ramadan.

Rukun puasa

1. Orang yang puasa
2. Niat, tempatnya didalam hati, tetapi disunatkan berlafas pada niat
3. Menahan diri dari pekara yang membatalkan puasa.

Niat puasa:

نويت صوم غد عن أداء فرض رمضان هذه السنة لله تعالى

Sahaj aku puasa esok hari menunaikan fardu ramadan pada ini tahun kerana Allah تعالى

Mengapa pada rukun sembahyang tidak disebutkan orang yang sembahyang sebagai rukun sedangkan pada puasa, orang yang puasa menjadi rukun?

Ini kerana orang yang sedang sembahyang dapat dilihat kelakuan dia sedang sembahyang, manakala orang yang sedang berpuasa tidak dapat kita lihat kelakuan dia sedang berpuasa.

Syarat sah puasa:

Mereka yang ada syarat ini sah puasanya.

1. Islam maka tidak sah puasa orang yang murtad dan orang kafir sekalipun dia dituntut melakukan cabang-cabang syariat.

2. Berakal maka tidak sah puasa orang gila dan orang yang pitam sepanjang hari yakni dari terbit fajar sehinga terbenam matahari.

Sah puasa orang yang pitam jika dia ada sadar sedikit pada siang hari.

Mumaiyis maka tidak sah puasa kanak-kanak yang belum mumaiyis.

Mumaiyis ialah dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.

3. Suci dari haidh dan nifas maka batal puasa perempuan yang kedatangan haidh atau nifas sedang dia berpuasa, samaada kedatangan haidh atau nifas itu sesaad lagi hendak berbuka.

Tidak sah puasa perempuan yang darahnya berhentu sesaad selepas terbit fajar.

4. Niat maka wajib menentukan niat pada puasa fardu seperti puasa ramadan, puasa qadak (ganti), puasa nazar, puasa kafarah. Wajib niat pada malam sekiranya puasa fardu, adapun puasa sunat maka harus diniatkan pada siang hari sebelum gelincir matahari yakni sebelum masuk waktu zuhur. Wajib berniat pada tiap-tiap malam pada puasa ramadan. Mazhab Maliki mengharyskan berniat pada awal ramada dengan berniat sekelian bulan ramadan seperti diniatkan sahaja aku puasa sebulan ramadan pada ini tahun kerana Allah تعالى . Apabila seorang yang bermazhab Syafie berniat puasa sebulan dan dia ada tertingal berniat pada satu malam maka puasanya sah mengikut mazhab ini, dan tidak perlu mengqadak puasanya, ini dengan syarat dia menjaga pekara yang membatalkan puasa menurut mazhab Maliki.

5. Masuk waktu bagi puasa ramadan atau dapat sebab pada puasa fardu yang lain seperti puasa nazar atau puasa kafarah.

6. Menahan diri dari pekara yang membatalkan puasa

Pekara yang membatalkan puasa ialah:

1. memasukkan sesuatu ain (benda) kedalam ronga yang terbuka, sedikit benda yang masuk itu atau banyak.

2. sengaja muntah sekalipun yakin tidak kembali muntah itu kepada bahagian batin. Kawasan zahir/luar mulut adalah tempat keluar hurup (ح) kata setengah fukahak (خ) dan kawasan dalam/batin selepas dari itu iaitu tempat keluar hurup (أ) dan (ه)

3. jimak dengan sengaja sekalipun tidak keluar mani

4. keluar mani dengan sebab bersentuh dengan isteri dengan tidak berlapik, atau keluar mani dengan sengaja

5. kedatangan haidh atau beranak, sedangkan anak itu basah.

6. kedatangan gila walaupun sesaad.

7. pitam sepanjang hari.

8. mabuk sepanjang hari.

9. berbuka sebelum yakin atau zan masuk waktu.

10. murtad iaitu terkeluar dari agama islam.

Syarat wajib puasa

Mereka yang ada syarat ini wajib berpuasa.

1. islam
2. berakal.
3. cukup umur.
4. kuasa berpuasa.
5. bermukim.

Tidak wajib puasa;

1. orang kafir, serta tidak wajib qadak apabila masuk islam.
2. orang gila, serta tidak wajib qadak apabila siuman.
3. kanak-kanak serta tidak wajib qadak apabila dia blm baligh
4. orang yang pitam , tetapi wajib qadak apabila apabila dia siuman.
5. orang mabuk , tetapi wajib qadak apabila apabila dia siuman
6. orang yang tidak kuasa kerana tua atau sakit yang tiada harapan sembuh , Orang yang sangat tua dan orang yang sakit yang tidak ada harapan sembuh boleh mengeluarkan secupak makanan bagi setiap puasa yang ditingalkan.
7. orang haidh dan nifas, tetapi wajib qadak.
8. orang sakit , tetapi wajib qadak.
9. orang yang sedang bermusafir, tetapi wajib qadak.

Suna-sunat puasa:

1. menyegerakan berbuka apabila yakin atau zan masuk matahari. Haram berbuka jika syak masuk matahari.
2. berbuka dengan buah tamar jika tiada dengan suatu yang manis dan jika tiada maka dengan air.
3. makan sahur.
4. melewatkan makan sahur tetapi jangan sampai masa yang disyaki terbit fajar.
5. meningalkan berkata-kata perkatan yang keji.
6. mandi daripada hadas (mandi wajib) sebelum terbit fajar.
7. membanyakkan bersedekah, membaca quran, dan sembahyang sunat seperti terawih dan witir.
8. beri’tikaf didalam masjid.
9. sunat membaca doa’ berbuka puasa setelah makan sedikit makanan, dua’nya ialah:

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت فتقبل منى إنك أنت السميع العليم

10. sunat bersederhana pada makan supaya menguatkan berbuat ibadat.

Mereka itu (mustahikkin zakat) tersebut didalam Al-Quran seramai lapan orang.

انما الصدقات للفقراء والمساكين والعاملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفي الرقاب والغارمين وفي سبيل الله وابن السبيل

Zakat hanya diberi kepada:

1. Fakir, orang yang pendapatannya kurang daripada lima puluh peratus keperluan hariannya, seperti dia memerlukan RM. 50 tetapi pendapatannya hanya RM. 24 dan kebawah.

2. Miskin, orang yang pendapatannya lima puluh peratus dan keatas daripada keperluan hariannya tetapi tidak sampai seratus peratus, seperti dia memerlukan RM. 50 tetapi pendapatannya hanya RM. 25 dan keatas serta tidak mencapai RM. 50.

3. Amil ialah orang yang disuruh (dilantik) oleh raja (pemerintah) untuk menggendalikan zakat dengan syarat dia adalah islam, merdeka, mukalaf, lelaki, adil, mendengar dan melihat.

Termasuk dalam kata amil ialah:

* Orang yang memungut zakat.
* Orang yang mengira, menyukat, menimbang zakat.
* Orang yang menghimpunkan nama-nama mustahikkin.
* Kerani zakat.
* Orang yang membahagikan kepada mustahikkin.

Mereka ini diberikan zakat kadar upah yang sepatut dengan pekerjaan mereka itu.

4. Mualaf ialah orang yang dijinakkan hatinya, mereka ada lima jenis:

* Orang kafir yang baharu masuk islam dan lemah imannya.
* Orang kafir yang masuk islam yang kuat imannya tetapi dia mulia dikalangan kaumnya, diberikan zakat kepadanya supaya masuk islam kaumnya.
* Segala orang islam yang menjaga sempadan negara kerana menjaga orang islam yang lain dari kejahatan kafir dan penderhaka yang hampir keduanya dengan sempadan negara. Diberikan zakat kepada mereka supaya berjinak hati mereka dengan pekerjaan mereka itu.
* Orang islam yang boleh mengambil zakat daripada mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat dan menghantar zakat itu kepada pemerintah dan orang yang menakutkan orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat supaya menghantar zakat pada pemerintah. Di beri zakat kepada mereka itu supaya berjinak hati mereka dengan pekerjaan mereka itu.
* Orang yang mengambil zakat dari kaum yang sukar amil (orang yang memungut zakat) sampai kepada kaum itu, sekalipun kaum itu bukan orang yang menegah zakat. Orang ini tidak diberikan zakat dari habuan amil tetapi habuan mualaf kerana mereka tidak dilantik oleh pemerintah untuk memungut zakat. Amil hanya boleh dilantik oleh pemerintah.

5. Hamba mukatab ialah seorang hamba yang dijanjikan merdeka dengan syarat membuat pembayaran kepada tuannya, diberikan zakat dengan syarat sah akad kitabahnya (akad merdeka dengan pembayaran).

Di bawah ini syarat sah akad kitabah:

* Harga hendaklah diketahui.

* Pembayaran mestilah sekurang-kurang dua kali. Tidak sah akad kitabah dengan sekali bayar.

Zakat yang diberi kepada hamba mukatab hanya sekadar pembayaran yang melepaskannya daripada kehambaan.

Sekiranya hamba itu telah membayar dengan harta yang lain daripada harta zakat atau hamba itu tidak berkemampuan membayar dan tidak berlaku kemerdekaan maka wajib dia memulangkan semula harta zakat itu.

6. Orang yang berhutang. Mereka ini ada empat jenis:

* Berhutang kerana hendak mendamaikan dua orang, atau dua puak yang berbantah tentang pembunuhan atau harta yang hilang. Diberikan zakat kepadanya sekadar membayar hutang sekalipun dia kaya.
* Berhutang pada suatu yang umum manfaatnya seperti berhutang kerana buat jamuan, kerana membina masjid, kerana membaiki masjid, kerana membina jambatan, dan lainnya. Diberikan zakat kepadanya sekalipun dia kaya.

Peringatan tidak boleh beri zakat kerana hendak membina masjid, atau beri zakat kepada masjid, madrsah dan sebagainya disini zakat diberi pada orang yang berhutang kerana membina masjid.

* Orang yang berhutang kerana tujuan diri sendiri dengan syarat dibelanjakan hutang itu pada berbuat kebajikan atau pada pekara yang harus.

Syarat diberi zakat kepadanya hendaklah hutang sudah sampai masa pembayaran dan orang yang berhutang papa yakni tidak mampu membayarnya.

* Orang yang menjamin atau mengaku hendak membayar hutang orang lain, diberi zakat dengan syarat orang yang menjamin dan orang yang berhutang papa keduanya.

7. Orang yang berperang di jalan Allah. Syarat diberi zakat kepada mereka itu hendaklah mereka itu bukan tentera yang di daftar dan mendapat gaji, bahkan mereka itu berperang secara sukarela.

Diberi zakat untuk membeli alat peperang, kenderaan, belanja perjalanan dan belanja yang digunaka semasa dalam peperangan.

8. Ibnu sabil ialah orang yang musafir sama ada lelaki atau perempuan yang hendak musafir dari negeri zakat atau dia singgah dinegeri zakat, seterusnya hendak kembali kenegerinya atau meneruskan perjalanan ketempat lain.

Zakat yang diambil oleh mereka yang no. 1 hingga no. 4 menjadi milik sempurna yakni mereka itu boleh membelanja kepada apa sahaja perbelanjan yang diharuskan, kerana mereka yang berada selepas huruf ل yang memberi makna milik, bersalahan mereka yang berada selepas huruf في yang memberi makna pada tujuan mereka mengambil zakat, maka maknanya tujuan mereka mengambil zakat hendak memerdekakan diri, hendak membayar hutang, hendak berperang di jalan Allah, hendak musafir.Mereka yang duduk no.5 hingga no. 8 hanya boleh membelanja pada tujuan mengambil zakat seperti orang yang berhutang hanya diberikan sekadar pembayar hutang, sekiranya ada lebih wajib dia memulangkan wang zakat itu. Seperti itu juga orang yang mengambil zakat kerana berperang maka dia hanya membelanja zakat itu pada tujuannya sahaja iaitu perbelanjaan semasa berperang, pergi balik, alat peperangan dan lain pekara yang bersangkut dengan peperangan . mereka tidak boleh menguna pada yang lain. Mereka wajib memulangkan sekiranya ada lebih apabila mereka sampai di tempat kediamannya.

Syarat orang yang mengambil zakat:

* Merdeka. Hamba tidat boleh mengambil melainkan hamba mukatab.
* Islam. Haram memberi zakat kepada kafir.
* Bukan anak cucu bani Hasyim dan bani Muttalib. Mereka ini haram mengambil zakat.
* Bukan orang yang dibawah tanggungan orang yang memberi zakat. Maka seorang ayah tidak boleh memberi zakat kepada anaknya atas jalan fakir, miskin, adapun selain dari fakir dan miskin seperti anak itu berhutang harus ayah memberi zakat kepada anaknya. Begitujuga orang lain yang ada tanggungan dibawahnya.
* Bukan orang yang di tahan dari memperguna harta dengan sebab bodoh, kanak-kanak, atau gila, yakni tidak diberi zakat pada tangan mereka itu tetapi hendaklah diserahkan kepada walinya.

Pada suatu hari seorang Yahudi telah datang menemui Rasulullah S.A.W karena hendak menuntut hutangnya. Tetapi cara orang Yahudi itu datang menuntut hutangnya amatlah kasar sekali.

Orang Yahudi itu menghampiri Rasulullah dan dia menarik baju Rasulullah sambil berkata: "Hai keturunan Abdul Mutalib, apakah engkau dari golongan orang yang suka menangguh-nangguhkan hutang" Sikap kasar serta tutur kata yang tidak sopan dari orang Yahudi itu sangat-sangat menyakitkan hati Syaidina Umar bin Khattab yang berada bersama-sama dengan Rasulullah ketika itu.

Dengan jiwa kerasnya dan perasaaan marahnya begitu meluap Syaidina Umar
terus membentak Yahudi itu. Rasulullah terkejut dengan sikap Syaidina Umar itu,
kerana tidak dapat menahan perasaannya. Walaupun, dimuka rasulullah muncul
kemarahaannya tetapi baginda dapat menahan perasaan itu. Lalu baginda berkata kepada Syaidina Umar: "Wahai Umar, saya dan dia, mempunyai urusan sendiri. Biarlah kami berdua yang menyelesaikannya dan janganlah engkau mencampurinya.

Sebaiknya engkau suruh saya bayar hutang itu dengan baik dan suruh dia menuntut hutang dengan baik juga. Sebenarnya masih ada tiga hari lagi tempoh untuk membayar hutang tersebut, Maka baginda menyuruh Syaidina Umar membayar hutang baginda dengan memberi dua puluh liter gandum kepada Yahudi itu sebagai balasan kerana Syaidina Umar telah berlaku kasar terhadap Yahudi itu.

Ketika Yahudi itu melihat kejadian itu tiba-tiba terkeluarlah kata-kata dari mulut Yahudi itu, katanya: "Wahai Umar, semuanya ini adalah merupakan tanda-tanda kenabian. Saya telah dapat melihat tanda-tanda tersebut terbayang di wajah nabi s.a.w. ketika saya memperhatikan wajahnya. Sebenarnya saya ingin mengetahui apakah benar-benar dia seorang nabi.

Sebab itulah saya uji dia untuk mengetahui apakah dia seorang yang tinggi akhlaknya dan pemaaf. dia lalu bersaksi bahwa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahwasanya Muhammad itu adalah utusan Allah. "Begitulah besarnya pengaruh sifat dan sabar Rasulullah s.a.w hingga menyebabkan Yahudi yang mengasari baginda terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam".

Soalan 1:
SESEORANG yang telah cukup segala syarat wajib zakatnya tetapi dengan sengaja menangguhkannya tanpa sebarang keuzuran sehingga berlaku kebakaran menyebabkan hartanya rosak, apakah dia masih wajib berzakat?

Jawapan:
Seorang muslim yang baik ialah mereka yang bersegera melaksanakan kewajipan apabila telah cukup syaratnya. Jika sudah mempunyai harta melebihi nisab dan menggenapi haul tetapi sengaja menangguhkannya tanpa sebarang alasan, bermakna seseorang itu bersikap acuh tak acuh kepada perintah Allah SWT.

Apabila hartanya rosak kerana sesuatu musibah, maka dia ditakrifkan sebagai muslim yang lalai dalam kewajipannya, kerana bertangguh-tangguh sehingga hartanya rosak baharu teringat untuk berzakat.

Dalam kes ini, dia dianggap berhutang dengan Allah SWT dan wajiblah membayar zakatnya apabila dia sudah memiliki kemampuan dalam hartanya.

Inilah pandangan ulama yang dianggap rajih (kuat), seperti pandangan Ibn Hazm, Imam Ahmad, Abu Hanifah Syafiie, Ibn Qudamah dan ramai lagi.

Ini kerana, ia adalah satu hutang kepada Allah SWT, maka ia wajib dilunasi seperti mana hutang manusia sesama manusia. Wallahua'lam. (Rujuk Sayid Sabiq, Fikih Sunah, Jilid 3, hal. 82).

Soalan 2:
DI DALAM sebuah buku fikah, saya pernah terjumpa bahawa asas pengiraan nisab zakat bukanlah dinilai kepada 85 gram emas; sebaliknya dinilai kepada berat 94 gram emas. Saya keliru, kenapakah ada perbezaan dan berat emas manakah yang lebih tepat di sini?

Jawapan:
SUKACITA dimaklumkan, nisab emas di Malaysia khususnya di Selangor, disandarkan kepada berat 85 gram emas semasa sebagaimana yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia. Walau bagaimanapun, memang ada beberapa buah negara lain yang menyandarkannya kepada berat yang berbeza, misalnya 94 gram emas.

Hal ini terjadi, disebabkan wujudnya variasi kepada kualiti emas berdasarkan campuran logam lain ke dalamnya.

Misalnya terdapat emas tulen (99.99 peratus emas), emas 24 karat (97 - 98 peratus), emas 23 karat (96.5 peratus), emas 22 karat (91.6 peratus), emas 18 karat (75 peratus) dan emas 14 karat pula 58.5 peratus. Ada juga emas dinamakan emas 999, emas 950 dan emas 916 berdasarkan mutunya.

Perbezaan kualiti emas ini menyebabkan berbeza harga. Maka, harga-harga itulah yang digunapakai oleh pihak berkuasa agama bagi sandaran nisab zakat di tempat mereka.

Terdapat berbagai cara untuk meningkatkan keimanan. Salah satu daripadanya ialah memperbanyakkan tafakur (berfikir). Ianya hendaklah dilakukan secara sistematik dan perlu pula beristiqamah. Kita juga perlu mengetahui cara berfikir yang sebenarnya. Jika dihayati secara mendalam, InsyaAllah ianya hanya akan dapat memantapkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t.

PERTAMA: Berfikir mengenai alam semesta dengan segala keanehan penciptanya.

Bayangkan betapa tersusunnya perjalanan dan peredaran segala bintang dan planet yang jumlahnya seratus juta. Saiznya pula ratusan kali ganda berbanding bumi. Semuanya terapung di angkasa raya dalam tatasuria yang Maha luas, tanpa tiang dan tanpa tali yang mengikat.

Maka berkuasa Allah s.w.t. Alangkah kerdilnya diri kita di tengah-tengah seluruh penciptaan alam semesta ini.

KEDUA: Berfikir dan merenung mengenai kejadian diri yang berasal dari air yang hina (mani). Dengan rahmat Allah s.w.t. dijadikan manusia yang serba serbi cantik dan ajaib. Sama ada zahir atau batin ianya tersusun rapi.

Makanan yang ditelan melalui proses yang sangat seni dan sempurna. Akal pula boleh berfikir dan mengumpul maklumat. Roh pula lebih kompleks dan tidak tercapai oleh pakar sains bagaimana bentuk dan keadaannya.

KETIGA: Berfikir mengenai kehidupan yang bermula dari alam roh, berpindah ke dalam kandungan ibu hasil percampuran benih.

Tiada siapa yang mampu menahan proses perubahan usia hingga berakhir dengan kematian. Selepas bermastautin di Barzakh, dibangkitkan pula di Mahsyar sementara menunggu hari perhitungan atau hisab atau timbangan amal. Penghujungnya ialah Neraka atau Syurga.

KEEMPAT: Berfikir mengenai limpah kurnia Allah s.w.t. berupa segala macam nikmat yang tidak terhitung. Sama ada nikmat pada diri mahupun nikmat luar diri. Sejauh mana kita telah mensyukuri nikmat itu.

KELIMA: Fikirkan pula mengenai ujian, cubaan dan dugaan yang Allah s.w.t. datangkan sekali sekala. Apakah kita ini tegolong dari kalangan orang yang sabar dan redha atau sebaliknya sering keluh kesah, mendongkol dan tidak senang. Sedangkan kesukaran hidup hanya sekali sekala berbanding kesenangan yang tidak pernah putus.

KEENAM: Berfikir mengenai amalan baik. Bukan untuk dirasai banyaknya tetapi untuk disandarkan atau dikembalikan kepada Allah s.w.t.

Segala-galanya atas izin dan kekuatan yang dikurniakan Allah s.w.t. untuk berlaku taat. Kemudian lupakan saja seolah-olah sebagai orang yang tidak punya amalan. Setiap kali selesai beramal, bersyukurlah kerana Allah s.w.t. mahu kita dalam keadaan taat kepadaNya. Dan berharap sajalah kepada rahmat Tuhan.

KETUJUH: Kenang dan hitung pula dosa yang telah dilakukan. Sejauh mana telah bertaubat letakkan diri dalam merasai sentiasa berdosa. Dan tidak putus-putus memohon keampunan Allah s.w.t. Kekalkan rasa bimbang kalau Tuhan tidak ampunkan dosa kita.

HUKUM MANDI JENAZAH
Hukum syarak mengenai mandi mayat diterangkan dalam hadith berikut, yang bermaksud :
Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kami ketika anak perempuannya* wafat lalu bersabda: "Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu pandang elok tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yang akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku."
Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda,"Balutlah badannya dengan kain ini." **
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nota
Setelah mereka memandikan jenazah puterinya, baginda melucutkan kain sarung (azar) yang dipakainya dan meminta mereka membalut tubuh mayat puterinya. Sesudah itu barulah mayat puterinya dikafan dengan kain kafan yang disediakan. Alhafiz Ibni Hajar rah.a. berkata, "Perbuatan baginda yang demikian menjadi dasar (bagi amalan orang Islam) mengambil berkat daripada benda-benda pemberian atau peninggalan orang salih."
(Fathul Bari 3:372)

SYARAT MANDI JENAZAH
Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah.
Syarat mayat dimandikan.
1.1 Hendaklah mayat orang Islam.

1.2 Cukup anggota atau sebahagian badannya.

1.3 Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah lengkap anggotanya.

1.4 Mayat itu bukan mati syahid.
2.1 Dibuat tempat yang tertutup.

2.2 Letak mayat di atas tempat yang tinggi sedikit.

2.3 Aurat mayat wajib ditutup dengan kain supaya tidak kelihatan warna kulit.

2.4 Disunatkan menutup mukanya, (juga ketika dibawa ke tempat mandi), di letakkan terlentang di atas papan mandi dan menghadap arah kiblat.

2.5 Membakar sedikit bau-bauan seperti gaharu atau kemenyan.

2.6 Dilarang orang yang tidak berkenaan dengan urusan mandi mengintai-intai ketika mayat dimandikan

3.1 Menjirus dan menggosok jenazah dengan tertib dan lemah lembut, jangan gopoh dan kasar.

3.2 Jangan sengaja hendak melihat aurat mayat. Semasa memandikan mayat hendaklah menutup badannya supaya auratnya terlindung*. Elok demikian dalam sehelai kain sarung yang nipis supaya air meresap masuk dan mudah pula bagi orang yang memandikan memasukkan tangan untuk membersihkan mana-mana bahagian mayat yang perlu dibersihkan.

3.3 Mayat lelaki dimandikan oleh orang lelaki, mayat perempuan, kanak-kanak baru lahir dimandikan oleh orang perempuan.

3.4 Orang yang memandikan mayat dan penolongnya hendaklah orang yang amanah - supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat menyimpan rahsia keaiban yang ada pada mayat.

3.5 Sebaliknya jika melihat sesuatu yang baik hendaklah mereka ceritakan pada orang lain.

3.6 Tempat mandi hendaklah terlindung dari pandangan ramai. Hanya tukang mandi dan penolong-penolongnya saja yang boleh hadir. Dalam pada itu, dibolehkan bagi salah seorang kerabat si mati yang terdekat untuk turut hadir walau tidak mengambil bahagian memandikan mayat.**

3.7 Jangan mengangkat suara riuh.

3.8 Jangan mengunyah makanan atau merokok.

3.9 Wajib memakai sarung tangan sewaktu menyuci kemaluan atau mengurus mayat pengidap Aids.

Menurut satu riwayat, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mandikanlah dia* (beberapa kali) asalkan ganjil bilangan: tiga atau lima atau tujuh, dan mulakanlah dengan bahagian kanan badannya dan anggota-anggota wudhu".
(Ummu Athiah) berkata: "Sesudah itu kami pun jalinkan rambutnya: tiga tocang, lalu kami hulurkan ke sebelah belakangnya"**.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkara yang penting dalam memandikan mayat ialah wajib membersihkan tubuh badan mayat dan celah-celahnya itu daripada najis dan kekotoran dengan meratakan air seluruh anggota badan mayat itu. Maka apabila cara ini telah yakin kebersihannya, bolehlah dikapan, disembahyang dan seterusnya dikebumikan.

Cara terbaik yang telah sepakat oleh Ibnu Hajar dan al-Ramli di mana telah menjadi amalan masyarakat nusantara ini dengan panggilan mandi air sembilan cara iaitu :
4.1 Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan.
Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri.
Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang keluar.

4.2 Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan sarung tangan).

4.3 Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki - meliputi seluruh tubuhnya.

4.4 Mandi dengan air sabun
i. Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.
ii. Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.
iii. Basuh sebelah kiri (lambung kiri) hingga ke hujung kaki kiri 3 kali.
iv. Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali.
v. Mengiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kiri belakang hingga ke kaki kiri 3 kali .

Mandi dengan air sabun seperti di atas tadi memadai satu kali sahaja.

4.5 Mandi dengan air bersih (mutlak)
Mandi dengan air bersih ini dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun tadi.

4.6 Setelah bersih, diwudhukan dengan niat,
" Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"
Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"

4.7 Mandi air bercampur kapur barus
Air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan:
" Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala"
Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"

Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras.
Semasa menjirus, sunat membaca:
"Ghufranak rabbana rahman wailakal masir"

4.8 Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu :
. Satu kali mandi dengan air sabun.
. Satu kali mandi dengan air bersih.
. Tiga kali mandi dengan air kapur barus.

4.9 Mayat lelaki yang panjang janggutnya, sunat disisir ia dengan sikat jarang. Jika bulu janggut atau rambut kepalanya gugur semasa mandi, hendaklah dipungut untuk dimasukkan ke dalam kapan semasa mayat dikafankan.
. Mayat permpuan pula hendaklah dihuraikan rambutnya supaya air membasahi keseluruhannya. Rambut yang gugur hendaklah dipungut untuk dimasukkan ke dalam kafan. Menurut riwayat di atas, dijalinkan rambutnya menjadi tiga tocang, lalu dihulurkan ke sebelah belakangnya.

4.10 Perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya.
Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus.

5.1 MAYAT DALAM KEADAAN JANABAH
Lelaki atau perempuan yang mati dalam keadaan janabah (berhadas besar) maka ia tidak dituntut dimandikan lagi dengan 'mandi janabah' setelah ia dimandikan dengan 'mandi mayat' kerana 'mandi mayatnya' mencukupi.
Jika keluar dari perut mayat sesuatu yang kotor setelah ia dimandikan atau semasa dikafankan, maka ia juga tidak dituntut dimandikan lagi, tetapi memadai membersihkan kesannya benda itu.

5.2 MAYAT YANG DITAYAMMUMKAN
i. Kerana ketiadaan air.
ii. Kerana badannya terlalu uzur (seperti orang yang mati terbakar dan sebagainya), kalau dimandikan akan hancur daging badannya.
iii.'Mayat lelaki' yang mati di tempat terpencil dan tidak ada di situ melainkan kaum perempuan sahaja (yang bukan muhrimnya)

Salam ialah mengucap السلام عليكم.

Dalil firman Allah تعالى :

ياأيها الذين آمنوا لا تدخلوا بيوتا غير بيوتكم حتى تستأنسوا وتسلموا على أهلها ذلكم خير لكم لعلكم تذكرون

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).

فإذا دخلتم بيوتا فسلموا على أنفسكم تحية من عند الله مباركة طيبة كذلك يبين الله لكم الآيات لعلكم تعقلون

Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.

Hadis Nabi صلى الله عليه السلم

عن ابن عمر رضي الله عنهم أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه السلم اى الاسلام خير؟ قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرفز

Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهم bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه السلم “ apakah islam yang baik?” bersabda Rasulullah صلى الله عليه السلم “memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.

Rukun salam:

1. Orang yang memberi salam.
2. Orang yang diberi salam kepadanya
3. Lafaz yang digunakan bagi memberi salam dan menjawabnya.

Syarat orang yang memberi salam

Islam dan mumayyiz.

Ertinya apabila memberi salam oleh seorang islam sekalipun kanak-kanak yang mumayyiz wajib menjawab salam.

Syarat orang yang menerima salam:

Islam, mumayyiz dan baligh.

Ertinya harus memberi salam kepada kanak-kanak mumayyiz.

Dan wajib orang yang baligh menjawab salam kanak-kanak mumayyiz.

Syarat bagi ucapan salam

1. Mestilah berlafaz pada memberi salam dan menjawabnya.
2. Mengeluarkan suara serta memperdengarkan salam ketika memberi salam dan menjawabnya.
3. Hendaklah berhubung antara memberi salam dan menjawabnya.

Ucapan memberi salam

1. Ucapan memberi salam yang afdhal ialah السلام عيكم ورحمة الله وبركاته . dengan lafaz ramai (kamu) dalam bahasa arab (كم) sekalipun orang yang diberi salam seorang sahaja.

2. السلام عليكم (kesejahteraan itu di atas kamu)

3. السلام عليك (kesejahteraan itu di atas engkau)

4. سلام عليك (sejahtera di atas engkau)

Ucapan menjawab salam

1. Ucapan menjawab salam yang afdhal وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته dengan lafaz ramai, sekalipun orang yang memberi salam hanya seorang.
2. وعليكم السلام
3. وعليك السلام
4. عليكم السلام
5. السلام عليكم ini sama dengan lafaz memberi salam
6. سلام عليكم

Hukum memberi salam dan menjawabnya.

Hukum asal memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib.

Bahagian orang yang memberi salam dan yang menjawabnya, serta hukum memberi dan menjawab salam antara mereka itu.

Ucapan salam antara dua lelaki

1. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang diberi salam seorang.
2. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu kifayah sekiranya orang yang diberi salam lebih dari satu orang.
3. memberi salam ialah sunat kifayah sekiranya yang memberi salam lebih dari seorang, menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang menerima salam seorang.

Ucapan salam antara dua orang perempuan

Hukumnya sama seperti salam antara dua orang lelaki.

Ucapan salam antara lelaki dan perempuan

1. Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.
2. Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
3. Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.
4. Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.
5. Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.
6. apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
7. harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.

Ucapan salam antara kanak-kanak dan orang dewasa

1. Pendapat yang sahih menyatakan bahawa sunat kanak-kanak memberi salam terhadap orang dewasa manakala mereka itu wajib menjawabnya
2. Harus bagi orang dewasa memberi salam kepada kanak-kanak dan sunat mereka itu menjawabnya.

Ucapan salam antara orang yang mendengar dan orang yang pekak

1. Apabila hendak memberi salam kepada orang yang pekak hendaklah seorang itu menghimpunkan antara berlafas dan memberi isyarat maka wajib orang yang pekak itu menjawabnya.
2. Sekiranya orangyang pekak memberi salam wajib lah seorang itu menjawab dengan menghimpunkan berlafas dan isyarat.

Ucapan salam antara orangyang boleh bertutur dengan orang yang bisu

1. Sekiranya orang yang boleh bertutur memberi salam kepada orang yang bisu dan membuat isyarat orang yang bisu pada menjawab salam nescaya gugur fardu dari orang yang bisu.
2. Apabila orang yang bisu memberi salam dengan isyarat kepada orang yang boleh bertutur maka wajib diatas orang yang boleh bertutur menjawabnya.

Memberi salam atau menjawab salam orang fasik, orang yang buat bida’h dan orang yang melakukan dosa yang besar.

Tidak disunatkan memberi salam kepada mereka dan begitu juga tidak wajib menjawab salam mereka itu bahkan seeloknya jangan memberi salam dan menjawab salam mereka itu.

Salam antara muslim dan kafir.

Haram memberi salam kepada orang kafir dan harus menjawabnya dengan lafas وعليكم sahaja, jika ada yang memberi salam kafir zimmi.

Harus menulis surat yang dihantar kepada orang kafir dengan lafasوسلام على من اتبع الهدى pada awal tulisan.

Memberi salam kepada orang islam yang bercampur gaul dengan orang kafir

Disunatkan memberi salam kepada mereka dengan kasad memberi salam kepada orang islam.

Mengirim salam kepada mereka yang tiada bersama kita

Disunatkan mengirim salam kepada orang yang tidak bersama kita samaada dengan menghantar surat atau mengirim salam melalui orang lain dan wajib orang yang itu menyampaikannya.

Wajb orangyang menerima salam yang dikirimkan menjawabnya dengan bersegera sekiranya salam yang dikirim mencukupi syarat, kecuali pada surat, tidak disyaratkan berlafas.

Waktu-waktu yang tidak disunatkan memberi salam, dan tidak wajib menjawabnya, iaitu pada ketika:

1. sedang kadaq hajat (buang air besar atau kecil)
2. sedang jimak.
3. sedang istinja.
4. sedang minum.
5. sedang makan.
6. sedang tidur.
7. sedang mengantuk.
8. sedang sujud.
9. sedang sembahyang.
10. azan.
11. ikamat.
12. di dalam bilik air.

Dan lain-lain yakni pada tiap-tiap orang yang sedang sibuk dengan urusannya yang tidak layak memberi salam kepadanya atau orang yang sedang beribadat.

Adab memberi salam

Hendaklah yang memulakan memberi salam:
Kanak-kanak kepada orang dewasa.
Orang sedikit terhakap orang yang banyak.
Orang yang dating terhadap orang yang duduk
Orang yang berkenderaan terhadap orang yang berjalan kaki. والله اعلم

Dikirim dalam Bahan Ilmiah

[1 - 6] Alif, Laam, Miim. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit. Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[18 - 19] Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

[26 - 27] Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. “Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.

[73 - 74] Dan (mereka berkata lagi): “Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang mengikut ugama kamu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah”. (Mereka berkata pula: “Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya. Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.

[189 - 192] Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;

[1- 5] Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

[21] Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

[40 - 45] Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

[74 -75] Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. (Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?

[83] Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

[112] (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[152 - 157] Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

[168 - 169] Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).

[177] Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

[194 - 195] (Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

[235] Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

[278 - 281] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

[284 - 286] Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Ukhuwah/Persaudaraan

Ukhuwwah (persaudaraan) adalah: Hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpakasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada danyang paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya daridirinya sendiri).

Akidah yang benar dengan fikrahnya akan melihat saudaranya lebih utama untuk diberikan perhatian dari dirinya sendiri kerana kalaulah mereka tidak bersama dengannya pasti mereka akan bersama dengan selain darinya.Sesungguhnya serigala akan membaham kambing yang kesesatan. Mukmin denganmukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain. "Mukminin dan mukminat sebahagian mereka adalah pemimpinkepada sebahagian yang lain." Inilah situasi yang perlu kita wujudkan.

" Risalah Taalim - Imam Hassan AlBanna"

Tahap Saling Kenal (Ta'aruf).

Dlm tahap ini, seorg muslim tidak hanya mengenal begitu saja saudaranya;akan tetapi lebih jauh mencuba mengenali penampilan, sifat2 (shaksiyah) danpemikiran saudaranya. Pengenalan dlm tahap ini mencakupi aspek jasadiy(fisik), fikry (pemikiran) dan nafsiy (kejiwaan).

Perpaduan hati (Ta'liful Qulb).

Penyatuan hati merupakan asas awal yg mesti ada dlm proses pembentukanukhuwwah, sebab hati (qalbu) merupakan sumber gerak & sikap seseorg dlmmenilai, memilih, mencinta dan membenci org lain. Bila hati telah terpautdan jiwa telah terpadu, barulah persaudaraan seseorg dgn yg lainnya bisaberjalan, bersih dan penuh rasa kasih. Hati manusia hanya bisa disatukan secara murni dan bersih apabila bermuara pada satu simpul ikatan yangfitrah. Simpul tali itu adalah Aqidah. Inilah satu2nya dasar berpijak,bertemu dan pengikat yang utuh dan abadi....

1.Bermuka cerah ketika bertemu:
Berdasarkan riwayat Muslim dr Abu Dzar r.a. berkata, bersabda Rasulullah[SAW];"Jangan meremehkan kebaikan apapun bentuknya walau sekadar bermuka cerahketika bertemu saudaramu."

2.Mengadakan kunjungan persahabatan:
Dalam kitab Al Muwatha' Imam Malik meriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda,Allah [SWT] berfirman dlm hadits qudsi; "Wajib mendapatkan kecintaanKu barangsiapa bercinta karena Aku, bermajlis karena Aku saling memberi karena Aku."

3.Menaruh perhatian dan memenuhi keperluan:
Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW bersabda;"Allah senantiasa menolong hambaNya selama hamba tersebut menolong saudaranya."

;;

**Tv online**