“Rasa gerun itu hanya dapat dicapai dengan makrifat yang mendalam”
Bagi mecapai khusyuk dalam solat selain dari hudhur qalbi dan hadir hati dalam setiap perbuataan dan ucapan dalam solat, maka tafahhum juga merupakan syarat penting bagi mencapai khusyuk itu. Setiap ucapan mestilah difahami segala ertinya, sekiranya tidak memahami setiap kalimah yang diucap pasti solatnya itu menjadi sia-sia. Tidak boleh diterima sama sekali jika ada seorang yang bercakap bersama orang lain dengan ucapan yang dia sendiri tidak faham, tentu dia gagal untuk menyatakan tujuan dari ucapannya itu dan tidak bermakna ia bercakap dengan orang lain.
Betapa pula jika solat yang disifatkan sebagai dialog atau percakapan penting antara seorang hamba dengan Khaliqnya, yang di dalamnya terdapat berbagai pujian dan sanjungan, permohonan serta harapan, tetapi dia sendiri tidak faham apa yang diucapkannya. Sudah pasti ia gagal dalam pelaksanaan solat tersebut. Syarat khusyuk seterusnya ialah "Ta'zim" atau merasa hebat dan gerun terhadap Allah SWT ketika solat. Apabila seseorang itu mendirikan solat dan ketika mengucapkan Allahu Akbar adakah hatinya merasa gerun dan hebat terhadap-Nya?
Rasa gerun itu hanya dapat dicapai dengan makrifat yang mendalam. Sejauh mana ia makrifat terhadap Allah SWT sebagai Khaliq Yang Maha Agung, dan sejauh mana pula ia makrifat atau mengenali dirinya sebagai hamba yang serba kekurangan dan mempunyai berbagai kelemahan. Jika seseorang mengenali Tuhan sepenuhnya dengan segala keagungan sifat yang dimiliki-Nya, serta mengenali siapakah dirinya di hadapan Allah Yang Maha Agung, maka pastilah ketika itu hatinya akan merasa gerun bila menyebut nama Allah dan sedang berdiri berhadapan dengan-Nya.
Sejauh mana pengenalan seseorang terhadap Allah yang mencipta alam dan mengaturnya dengan kecanggihan ilmu-Nya yang tiada tara, sehingga semua berjalan dengan teratur. Ia Maha Berkuasa Maha Bijaksana yang tidak terhingga. Kemudian ia membuat bandingan terhadap dirinya untuk mengetahui sejauh mana pula makrifat atau mengenali dirinya. Walaupun ia seorang raja atau ketua eksekutif sebuah kerajaan, namun pada hakikatnya ia hanyalah seorang hamba yang dikerah oleh Allah SWT ke muka bumi ini. Bukan atas kemahuannya manusia itu menghuni bumi sebaliknya ia diarah dan dikerah untuk berada di dataran bumi untuk suatu jangka masa yang ditetapkan oleh Allah sehingga menjelang qiamat.
Setuju atau tidak manusia pasti dikerah oleh Allah untuk suatu kebangkitan semula di Padang Mahsyar tanpa sebarang hak istimewa. Walaupun di dunia dia seorang raja atau perdana menteri yang memegang kekuasaan pemerintahan sebuah kerajaan, yang kerapkali menggunakan kuasanya mengadakan peraturan dan menguatkuasakan undang-undang yang diciptanya sendiri. Namun ketika itu dia adalah manusia yang terpaksa mengikut kerahan Allah, dibangkitkan tanpa seurat benang. Hasil dari dua makrifat itu barulah ia akan merasa gerun terhadap Allah SWT, sehingga apabila datangnya waktu solat ia akan terasa gementar dan gerun kerana ia akan berhadapan dengan Allah lagi melalui solat yang akan didirikan itu. Ia gerun kerana ia akan melafazkan sumpah setianya lagi, sedangkan sumpahnya yang dilafazkan dalam solat yang lalu masih tidak terlaksana.
Sesungguhnya gerunlah hati orang yang makrifat dengan mendalam terhadap Allah SWT, lebih-lebih lagi setelah mengenali dirinya dengan segala kelemahan yang memerlukan pertolongan dari Allah SWT.

Subscribe to:
Kommentarer til indlægget (Atom)
|
0 kommentarer:
Send en kommentar