Telah pun saudara maklum bahawa makna tafakur itu ialah menghadirkan dua makrifat/maklumat untuk menghasilkan maklumat yang ketiga. Telah juga saudara faham tentang kelebihannya yang terlebih baik daripada ibadat seumur hidup kita. Ini menunjukkan keistimewaan dan barakahnya potensi diri saudara untuk menemui apa yang dikatakan sebagai "Lailatul Qadr" pada sisi Ahli-ahli Musyhadah yang sentiasa cerah matahari makrifatnya.
Matahari dunia akan tenggelam bila tiba waktunya,tetapi matahari makrifat tidak pernah hilang cahayanya.
Suluk ingin mengajak saudara untuk bertafakur barang sejenak pada dua maklumat/makrifat yang sama-sama kita ada iaitu tentang sabar dan tawakal.
Allah Swt menyebutkan sabar dalam Al-Quran: Terjemahannya:
* 1. "Dan akan kami berikan kepada orang2 yang sabar itu pembalasan, menurut yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya". S. An-Nahl, ayat 96.
* 2. "Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang2 yg sabar". S. Al-An-fal, ayat 46.
* 3. "Sesungguhnya orang2 yg sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung". S. Az- Zumur, ayat 10.
Oleh yang demikian, maka tidak ada dari pendekatan diri kepada Allah (ibadah), melainkan pahalanya itu ditentukan dengan kadar dan dapat dihitung, selain sabar.
Wah!!! hebat sekali kelebihannya sampai tiada terhitung. Samalah seperti martabat yang ada pada tafakur.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.”
Namun bukanlah satu perkara yang mudah untuk memakai pakaian sabar ini. Tidak semudah seperti yang kita lafazkan atau bayangkan. Tanda orang yang memiliki sifat-sifat warisan anbiya' dan auliya ini ialah mereka tidak pernah mengeluh atau melafazkan kata 'sabar' walaupun untuk tujuan memujuk dirinya. Jika ia masih mengeluh atau memujuk kesabarannya adalah seumpama kesabaran seekor kucing yang tidak dapat makan ikan yang sedang ditunggui. Air liurnya masih melilih dan berada dalam keadaan yang payah. Dia bukan bersabar tetapi menggunakan kudrat dan keupayaannya untuk menahan dirinya dalam keadaan payah dan menyakitkan.
Sebenarnya wajah atau rupa Sabar ini pernah menjelma pada diri Rasulullah semasa dilontar dengan batu dalam peristiwa di Thoif. Turun dua malaikat utusan Allah menawarkan khidmat untuk menghempapkan bukit ke atas penduduk Thoif. Baginda menolaknya sebaliknya baginda berdoa untuk keselematan mereka. Beliau tidak mengeluh dan mengadu tentang kesakitannya. Beliau pula tidak memohonkan sesuatu untuk balasan pada dirinya. Zhohirnya nampak seperti menahan kesakitan dan keaiban. Tetapi baginda bukan menahan kesakitan tidak juga menahan keaiban malah baginda Rasulullah berada dalam keadaan nikmat Redho dengan ketentuan Allah. Demikian wajah pakaian sabar yang dipakaikan oleh Allah kepada hamba pilihannya.
Ketika sedang berjalan, Ibrahim bin Adham bertemu dengan seorang lelaki yang tidak dikenalnya. Lelaki itu bertanya kepadanya letak perkampungan terdekat. Ibrahim segera saja mengarahkan jari telunjuknya ke pemakaman yang ada di dekat situ sambil berkata, "Itulah perkampungan yang sebenarnya, sebuah perkampungan hakiki".
Lelaki itu mundur sedikit lalu dengan perasaan kurang senang berkata, "Aku menanyakan letak perkampungan, mengapa kamu menunjukkan pekuburan kepadaku? Apa kamu hendak mengolok-olok aku?". Dengan penuh kemarahan, lelaki itu memukul kepala Ibrahim dengan tongkatnya sehingga darah bercucuran dari kepala Ibrahim.
"Pukullah kepala yang telah lama berbuat dosa kepada Allah ini", kata Ibrahim bin Adham sambil berusaha menghentikan aliran darah dari kepalanya. Lelaki itu kemudian pergi. Kejadian ini di ketahui oleh orang yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat itu. Ia lalu menghampiri pendatang tadi dan berkata, "Hai lelaki, tahukah kamu maksiat yang telah kamu lakukan hari ini? Kamu baru saja memukul kepala orang yang paling banyak beribadah di zamannya. Kamu baru saja memukul Ibrahim bin Adham, seorang zahid yang terkenal".
Mendengar ini, lelaki itu segera kembali mendatangi Ibrahim lalu meminta maaf. "Aku telah memaafkanmu dan mendoakanmu masuk surga", kata Ibrahim. "Bagaimana mungkin?", seru lelaki itu dengan perasaan lega bercampur heran. "Karena, ketika kamu memukul kepalaku, aku bersabar, dan balasan bagi orang yang sabar tidak lain adalah surga. Jadi, tidaklah pantas jika aku masuk surga karena kamu, tetapi kemudian aku mendoakanmu masuk neraka. Ini juga bukanlah sikap yang bijaksana“, jelas Ibrahim bin Adham
Benarlah kata-kata golongan wali-wali Allah seperti di bawah;
Antara hak-hak hukum waktu yang perlu dilaksanakan ialah:
* Waktu Taat wajib kita pandang amalan ibadat yang mampu dilakukan itu adalah kurnia dari Allah
* Waktu Nikmat wajib kita sukur pada anugerah Allah
* Waktu Bala wajib kita bersabar dengan ujian dan Qodanya.
* Waktu Maksiat wajib kita segera bertaubat
Ringkas kata tidak akan bersabar seorang itu jika ia belum redho dengan Qoda dan Qadar Allah. Dan bagaimana dapat dikatakan ia redho sedangkan dirinya masih belum bertawakkal dengan Allah.
Keadaan orang yang bertawakkal samalah seperti yang pesalah yang menyerahkan urusan pembelaannya kepada seorang peguam yang amat pintar lagi dipercayai. Beliau tidak bersusah payah ke sana ke mari. Beliau hanya duduk berdiam diri menghadapi tuduhan dan beliau yakin yang beliau akan menang dalam perbicaraan ini melalui peguam yang pintar ini. Beliau menyerahkan segala urusannya dengan penuh keyakinan.
Orang yang redho sebenarnya melihat setiap kejadian yang berlaku adalah sebagai pendhohiran kuasa dan kehendak Allah yang Esa. Senang, susah, nikmat, sakit adalah sama pada pandangan beliau. Puncanya satu iaitu Allah. Pandangan pada dahan, ranting, bunga daun, adalah satu iaiitu benih pokok itu.
Bila pandangan atau "syuhud" ini terarah kepada Wahdatul Afaal (Satu dalam perbuatan) maka lenyaplah perbuatan manusia. Tiada beza antara penampar atau belaian. Penampar yang singgah ke muka disyuhud sebagai perhatian yang Allah berikan kepadanya. Belaian yang mengelusi dilihat sebagai gurauan dari Allah.
Inilah sebahagian kecil dari sifat-sifat orang yang bertawakal. Orang yang bertawakal biasanya dengan sendirinya memakai pakaian sabar dan redho.
Sabar dan redho adalah tabiatnya bukan ilmunya.
Fahamilah apa itu sabar yang sebenarnya.
Allahu A'lam
|
0 kommentarer:
Send en kommentar