fatwa hati

Meniti hari, kehidupan semakin sukar, bukan semudah A.B.C, dan tidak juga selancar alif, baa, taa. hati ini selalu mengeluh susah, mengeluh sukar, padahal kemampuan ada, cuma tidak digunakan pada tahap yang maksimum, dan cuma perlu menanam keyakinan yang tinggi, pada ALLAH dan diri sendiri. kadang-kala, terkeluar dari mulut, ya allah, sukarnya, ya allah susahnya, mampukah aku mengharungi semua ini?. mulut terus dan terus mengomel tanpa sedar itu adalah sebuah rungutan. astaghfirullah, allah tak suka hambanya merungut, apa lagi hambanya yang mengeluh. apa yang penting adalah usaha dan gerak kerja. bukan natijahnya.

aku selalu tanam dalam diri, yang keyakinan terhadap ALLAH itu akan disusuli dengan keyakinan dalam diri sendiri. cipta dan bina keyakinan yang tinggi terhadap kekuasaan ALLAH, DIA telah menciptakan manusia daripada sebaik-baik penciptaan, menciptakan manusia sebagai khalifah di bumi ini, sehinggakan Harut dan Marut sendiri tidak sanggup menggantikan tempat dan posisi manusia sebagai khalifah. gunung ganang, angin, tanah dan semua makhluk yang lain merendahkan martabat mereka dan menyerahkan tugas khalifah kepada manusia. begitu tinggikan darjat manusia? lalu apa yang aku gusarkan. kerana aku ada ALLAH.

aku selalu mengingatkan pada diri bahawa keyakinan terhadap ALLAH dan keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri lebih penting dan lebih utama berbanding pandangan dan persepsi orang. biarlah seribu orang sekalipun yang mengeji atau mencaci, biarlah seribu orang sekalipun memandang serong kepada aku, tetapi apa yang aku perlu dahulukan adalah pandangan allah terhadap aku. bagaimana solatku, ibadahku seharian, kebajikanku dalam rutin harian, sehinggakan mampukah aku menghulurkan seteguk air kepada makcik pencuci bilik air, atau mampukah aku mengucapkan salam kepada makcik yang bertugas menyapu sampah, atau aku hanya diam tanpa senyum.sedangkan benda yang remeh dan dianggap mudah itulah yang menentukan tahap keimananku.

lalu tarbiyah sedikit demi sedikit mengetuk pintu hati, menyiram hati yang kadangkalanya gersang. dan ketika kegersangan itu melanda, aku tidak mampu untuk memperbanyakkan nawafil, aku lemah untuk memeprbanyakkan zikir. sampai masa aku berasa yang sedikit itu mencukupi. padahal, allah lebih menyukai hambanya yang istiqamah. dan ketika hati subur ditarbiyyah, aku mampu tersenyum dalam solakut, tersenyum mengiyakan setiap bait-bait ayat al-quran yang dituturkan. aku asyik dalam sujudku, rasa rendah dalam ruku’ku, tawaduk dalam toma’ninahku. dan aku sedar, aku manusia, adakalanya futur, adakalanya subur. ternyata iman itu perlu dibaja,bukan dibiar.

pandangan mata mungkin akan selalu menipu, pandangan akal mungkin juga akan selalu tersalah, pandangan nafsu pula selalu melulu, tetapi pandangan dari hati yang bersih itulah yang hakiki mintalah fatwa daripada naluri hati, mintalah pandangan dari ALLAH untuk melalui dan mengharungi kehidupan yang tidak semudah yang disangkakan, dan tidak selancar yang diharapkan.

0 kommentarer:

**Tv online**