Rasulullah rahmat semesta alam

Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi dan rasul terakhir. Tiada lagi nabi dan rasul selepas baginda. Ini bersesuaian dengan maksud ayat 40, surah al-Ahzab: "Bukanlah Muhammad itu bapa daripada seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia Rasul Allah dan penutup nabi-nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

Baginda dilahirkan pada Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah, kira-kira 570 Masihi. Baginda lahir daripada keturunan mulia lagi berkedudukan dalam masyarakat Arab dan diperakui sebagai insan terbaik di kalangan anak Adam.

Hadis riwayat Ahmad ada menerangkan, maksudnya: "Sesungguhnya Allah menjadikan makhluk, maka Allah menjadikan aku sebaik-baik makhluk-Nya, Dia menjadikan beberapa kabilah, maka menjadikan aku dalam sebaik-baik kabilah..."

Baginda datang daripada keturunan Nabi Ismail, manakala nabi lain daripada keturunan Nabi Yaakub. "Sesungguhnya Allah memilih Ismail daripada anak Ibrahim, memilih Bani Kinanah daripada Bani Ismail, memilih bangsa Quraisy daripada Bani Kinanah, memilih Bani Hasyim daripada bangsa Quraisy dan memilih aku daripada Bani Hasyim." (Hadis riwayat Muslim)

Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w dilahirkan pada Isnin, baginda dilantik menjadi nabi pada Isnin, baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah juga pada Isnin dan baginda wafat juga pada Isnin.

Baginda mempunyai beberapa nama, selain Muhammad, antaranya Ahmad, Al-Aqibah (kesudahan; kerana tiada nabi selepasnya), Al-Hasyir (menghimpun; kerana manusia dihimpunkan atas agama yang dibawanya) dan Khatamun Nabiyyin (penamat semua nabi).

Ayahnya Abdullah, seorang saudagar meninggal dunia dalam perjalanan dari Syria ke Makkah ketika baginda dalam kandungan ibunya berusia enam bulan.

Baginda menjadi yatim sejak dalam perut ibunya, manakala menjadi yatim piatu dalam usia enam tahun apabila ibunya meninggal dunia di Abwa, sebuah desa di antara Makkah dan Madinah.

Kemudian baginda tinggal bersama datuknya, Abdul Mutalib. Datuknya pula meninggal, lalu baginda dipelihara bapa saudaranya, Abu Talib.

Pada usia 12 tahun, baginda mengikuti bapa saudaranya Abu Talib membawa barang perniagaan ke Syam. Tetapi sebelum sampai ke tempat itu, iaitu di Bushra, kabilah yang disertai baginda ini bertemu dengan seorang pendeta Nasrani, bernama Buhaira.

Pendeta itu mendapati ada tanda kenabian pada diri baginda, lalu dia menasihatkan Abu Talib supaya segera membawa anak saudaranya itu (Muhammad) pulang semula ke Makkah, kerana dikhuatiri terserempak dengan orang Yahudi lalu dianiayai mereka.

Dari zaman kanak-kanak, sehingga meniti usia remaja dan dewasa, peribadinya sangat terpuji, diakui masyarakat, malah diberikan kepercayaan yang tinggi kerana bijak dan dapat mententeramkan kekecohan sehingga memuaskan hati semua pihak yang bertikai.

Tetapi selepas kerasulannya, baginda tidak lagi dipandang tinggi oleh sebilangan besar masyarakat Quraisy, malah ada yang mengejek dan melemparkan pelbagai tohmahan. Baginda dibenci hampir keseluruhan masyarakat Quraisy.

Semua pujian mengenai kebaikan dan kebijaksanaan baginda lenyap begitu saja hanya kerana status kerasulan dari Allah itu.

Oleh kerana tidak suka kepada kerasulan itu, orang Quraisy khususnya kalangan bangsawan mahu memperdayakan baginda dengan menabur pelbagai janji manis, termasuk wanita cantik dan harta setinggi gunung.

Nabi Muhammad menolak semua itu dan baginda tidak sedikit pun menyesal dengan keputusan yang dilakukannya. Baginya amanah Allah melalui kerasulannya amat penting dan paling utama untuk dipegang dan disampaikan kepada manusia.

Ternyata orang Quraisy tidak menyerah kalah semudah disangkakan, malah kali ini tampil dengan wajah bengis, mahu mengancam nyawa baginda. Mereka berusaha sedaya-upaya untuk membunuh Muhammad, menghalang segala usaha Muhammad.

Apabila dirasakan keadaan semakin genting di kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w memutuskan berhijrah ke Madinah. Pada saat akhir ke Madinah juga baginda masih diburu orang Quraisy, tetapi baginda terselamat dan berjaya tiba di sana.

Di Madinah benih dakwah Islam subur, hingga memberikan kekuatan kepada Rasulullah s.a.w untuk menakluki kota Makkah daripada pemuka kafir Quraisy dengan dibantu kalangan sahabat yang menyaksikan kegemilangan misi dakwahnya.

Apabila menundukkan kafir Quraisy, saat itulah Islam dapat dikembangkan di kota Makkah dengan mudah, malah makin ramai tertarik dengan kebenaran dakwah Muhammad s.a.w, berbondong-bondong memperakui keesaan Allah dan kebenaran Muhammad s.a.w sebagai rasul-Nya.

Pengutusan Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul terakhir kepada manusia yang melangkaui sempadan negara dan bangsa adalah rahmat yang membolehkan manusia seisi dunia mengenali jalan kebenaran dan kejayaan.

Dengan usaha baginda jugalah manusia dapat membezakan antara yang baik dan buruk, dosa dan pahala, Tuhan dan hamba, dunia dan akhirat, manusia dan haiwan, malaikat dan iblis, keamanan dan kekacauan serta kebenaran dan kepalsuan.

Firman Allah bermaksud: Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) kecuali menjadi rahmat bagi semesta alam. (al-Anbiya: 107)NABI Muhammad s.a.w adalah nabi dan rasul terakhir. Tiada lagi nabi dan rasul selepas baginda. Ini bersesuaian dengan maksud ayat 40, surah al-Ahzab: "Bukanlah Muhammad itu bapa daripada seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia Rasul Allah dan penutup nabi-nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

Firman Allah bermaksud: Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) kecuali menjadi rahmat bagi semesta alam. (al-Anbiya: 107

0 kommentarer:

**Tv online**