Hati adalah alat bagi mengingat dan berzikir kepada Tuhan. Tempat untuk kita sedar dan insaf bahawa ALLAH itu wujud dan kita ini hamba dan ciptaanNya. Hati adalah tempat untuk merasa berTuhan. Untuk merasakan bahawa ALLAH itu Maha Berkuasa, Maha Agung, Maha Hebat dan Maha Kaya. Untuk merasakan ALLAH itu Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Untuk merasakan ALLAH itu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan sebagainya.
Hati yang berzikir kepada Tuhan ialah hati yang merasa berTuhan iaitu yang merasakan segala sifat-sifat Tuhan yang Maha Sempurna. Hati yang merasa hebat, gerun dan takut pada ALLAH Hati yang rasa dilihat, diawasi dan dikawal oleh ALLAH. Hati yang merasakan Tuhan ada peranan dalam hidupnya dan dalam pentaadbiran alam ini. hati yang merasakan bahawa tidak ada sesuatu pun yang terlepas dari pengetahuan dan penguasaan Tuhan. Hati yang merasa bersyukur di atas segala nikmat Tuhan. Yang merasa perlu kepada Tuhan dan yang merasakan bahawa akhirnya nanti kesemua ciptaan ini akan kembali kepada Tuhan.
Rasa-rasa seperti ini pasti ada kesan pada hati. Apakah kesannya? Ada yang berkata berzikir dan merasa berTuhan ini akan menenangkan jiwa. Mereka merujuk kepada ayat Al Quran yang bermaksud:
"Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH itu hati akan tenang"
(Surah Ar Raad: 28)
Kalau dilihat sekali imbas, mungkin kita dapat kita berpegang kepada maksud ini. tetapi ada pula ayat lain yang membawa maksud yang berlainan atau yang berlawanan seperti ayat yang di bawah:
"Orang Mukmin itu apabila disebut nama ALLAH, gementar hati-hati mereka."
(Surah Al Anfaal: 2)
Nampaknya macam kedua-dua ayat ini bertentangan dan berlawanan maksudnya. Bagaimana pula hati orang berzikir yang gementar boleh rasa tenang atau hatinya yang tenang boleh rasa gementar pada waktu yang sama. "Gementar" dan "tenang" adalah 2 perasaan yang berlawanan dan berbeza.
Kalau begitu apakah yang sebebnarnya yang patut dirasakan oleh hati apabila kita berzikir atau mengingati ALLAH? Patut tenang atau patut gementar? Disebabkan ada ayat yang mengatakan hati patut tenang dan ada pula ayat yang mengatakan hati patut gementar, maka kita sepatutnya merasakan kedua-dua perasaan ini sekaligus. Kalau tidak, kita tidak selaras dengan kehendak Al Quran. Kalau rasa hati kita tidak selaras dengan kehendak Al Quran, nyata bahawa kita yang salah. Al Quran tidak salah kerana Al Quran itu adalah Kalammullah. Mari kita kupas perkara ini, moga-moga kita dapat memahami.
Yang dikatakan tenang itu adalah berkaitan hubungan hati kita dengan dunia dan hal-hal bersifat keduniaan. Kalau kita berzikir dan mengingati Tuhan, pasti kita akan tenang dengan urusan dunia. Tidak ada apa di dunia ini yang sebegitu besar atau penting sehingga boleh menjejaskan ketenangan hati kita. Dunia ini kecil dan remeh. Bak kata orang putih: "little significance". Nikmatnya kecil. Siksaannya juga kecil. Segala-galanya di dunia ini remeh dan kecil.
Tetapi dengan Tuhan, kita tidak boleh ambil ringan. Dengan Tuhan mesti sentiasa gementar dan bergelora. Orang yang beriman dan bertaqwa itu, hati-hati mereka sentiasa bergelora dengan Tuhan. Mereka kenal akan Tuhan. Justeru itu mereka rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Mereka rasa hebat dan gerun dengan Tuhan. Mereka rasa sentiasa diawasi Tuhan. rasa-rasa ini sentiasa mencengkam hati-hati mereka. Mereka sentiasa merasa Tuhan melihat mereka. Mereka rasa Tuhan mengetahui segala-galanya apa yang ada pada diri lahir mereka dan segala yang ada dalam hati mereka. Mereka merasakan kekuasaan Tuhan. Bila Tuhan kata: "Jadi........maka jadilah" Mereka rasa ALLAH boleh matikan mereka bila-bila masa sahaja. Azab dan siksa Tuhan sangat pedih.
Begitulah sepatutnya rasa-rasa hati kita apabila zikrullah. Ada tenang dan gementar. Tenang dengan dunia dan hal-hal dunia tetapi gementar dengan Tuhan. lagi kuat gementar dan bergeloranya hati seseorang dengan Tuhan , maka lagi tenang hatinya dengan dunia. Tenang dengan dunia itu rahmat. Gementar dengan Tuhan itu juga rahmat. Kedua-dua itu ada kemanisannya.
Sebaliknya gementar dengan dunia itu azab. Itu tanda kita diperhamba oleh dunia. Tenang dengan Tuhan itu juga azab. Itu tanda kita sudah hilang sifat kehambaan kita. Kedua-duanya akan membawa kecelakaan kepada kita di dunia, lebih-lebih lagi di Akhirat.

Subscribe to:
Kommentarer til indlægget (Atom)
|
0 kommentarer:
Send en kommentar