Al-Ikhlas. Membulatkan hati bahawa apa jua yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Jika inilah niat kita, kita tidak akan dilanda rasa lemah.
Bebaskan diri dari pergantungan selain dari Allah. Kadang-kadang manusia banyak bergantung kepada apa jua yang ia miliki. Contohnya: ilmu, kekayaan, kecerdikan, kekuatan tubuh badan dan sebagainya. Apabila kekuatan-kekuatan ini hilang, maka dia akan merasa lemah dan tidak merasa lemah dalam melaksanakan tanggungjawab. Tanggungjawab yang dipikul hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin. Jika bertemu kesulitan mintalah pertolongan Allah.
Rakus untuk hiaskan diri dengan kebaikan dan perkara yang bermanfaat tetapi lupa menjaga perkara yang difardhukan oleh Allah. lipa menjaga yang wajib, dan lebih lagi lupa perbanyakkan yang sunat. Amal yang disukai oleh Allah ialah amal-amal fardhu, namun tambahlah amalan sunat sehingga Allah menyintai kita. Bersusah-susahlah dalam kehidup (hidup lasak). Usah manjankan diri dengan kemewahan atau kesenangan.
Membaca sirah para sahabat dan meneliti apa yang dilalui oleh mereka sentiasa memerhati diri kita dan alam jagat. Renunglah asal usul kita, Sentiasa menghidupkan muzakarah ilmu untuk merenung keaiban diri kerana ia adalah jalan untuk melepaskan diri dari keaiban diri dan biasakanlah diri berada dalam majlis ilmu, bersahabat dengan orang yang soleh. Mereka akan mengingatkan ketika lupa. Jika Allah mahukan kebaikan, Allah akan mengurniakansahabat yang baik kepada seseorang menjauhkan diri dari apa jua bentuk maksiat atau mudharat.
Subscribe to:
Kommentarer til indlægget (Atom)
|
0 kommentarer:
Send en kommentar